Blogger Templates

Wednesday 2 January 2013

Aku Terima Dia Kerana...

memang hampir 2 tahun hati aku sunyi tanpa kehadiran insan yang bernama kekasih,
sejak itu aku sering berdoa kepada Allah untuk hadirkan insan,
insan yang benar akan jadi suamiku dunia akhirat,
aku mohon pada Dia untuk bukakan pintu hati aku pada insan yang sebenar,
aku tidak mahu lagi suatu permainan atau perkenalan yang biasa,
tapi aku ingin suatu hubungan yang menjanjikan pengakhiran kepada sebuah ikatan,
aku tolak semua perkenalan kerana hati aku katakan tidak,
yaa...mungkin waktu itu Allah tidak izinkan lagi.

21/9/2012
dia tegur aku di ruangan chat di facebook,
aku melayan macam biasa,
tetapi tidak sangka ianya berlarutan,
kami webcam dekat skype dan malam seterusnya kami bertemu,

sangat tidak sangka kenapa aku setuju untuk bertemu dengan dia,
adakah Allah telah bukakan pintu hatiku ini?,
adakah dia insan tersebut?,
aku tidak ada jawapan untuk itu,
tapi aku terima dia, terima lamaran dia bersama janji-janji dia,

10/10/2012
aku inginkan kepastian dalam perhubungan,
dan pada tarikh tersebut 1 sejarah hidup telah direka,
aku terima dia apa adanya dia dan begitu juga dia,
perkenalan yang sangat singkat tapi aku tidak rasakan begitu,
aku rasa seperti aku telah lama mengenali dia,
adakah ini jodoh?,
ini semua ketentuan Dia.
yang pasti ada hikmah disebalik semua ini.

aku lalui hubungan ini,
gado, tegang, spoil mood, manja, gedik, mengada
pelbagai ragam sudah
aku terima setiap apa yang dia katakan,

aku pun tidak sempurna,
yang aku harapkan pada dia,
jadi imam aku di setiap solatku nanti,
bahagiakan aku bersama zuriat kita nanti,

bagilah kita masa,
jangan cepat melatah,
berpeganglah pada janji walaupun manusia sering mungkir janji,
tidak pernah aku lupa untuk doakanmu dalam doaku,
walaupun kita banyak kekurangan,
Allah temukan kita untuk saling melengkapkan
semoga hidup kita semakin dekat dengan Illahi

p/s => aku terima dia kerana Allah telah bukakan pintu hati ini untuk dia.

0 comments: